EPISODE 3
Teh tarik di hadapannya masih belum surut. Wajah Naim ditatapnya. Lelaki itu asyik menikmati makanannya. Mee goreng mamak memang favourite Naim. Dia rasa Naim ni mesti ada keturunan anak mami kot. Suka sangat masakan mamak ni. Nasi kandar la. Mee goreng mamak la. Mee rebus mamak la. Semua mamak. Tetapi Naim bertingkah. Maknya anak melayu asli. Ayahnya pula anak kedah asal. Tak ada kena mengena dengan mami mamak. Sah-sah dia anak yg tertukar semasa maknya melahirkan dia. Usiknya selalu pada Naim. Naim tak kisah."Hang ada masalah ka?," katanya sambil menghirup teh tarik. Ada umph! Sedapnya.
"Mana ada. Aku ok ja lah," secebis senyuman terukir di bibir.
"Ceh! Nak tipu aku. Kat Lina minah senget boleh lah hang nak cong. Aku ni orang berpengalaman. Lebih dulu makan garam dari hang," cetusnya. Sebijik macam ayah Hafiz cakap kena dengan ayat terakhir tu. Macam lah dia tua sangat nak makan garam lebih dari aku. Tua sebulan ja. Tahun sama. Hafiz bagai nak mengekek ketawa. Kadang-kadang cakap Naim macam orang tua.
"Eleh.. kau ni memang la. Semua masalah orang kau nak tau. Masalah aku ni tak ada kena mengena dengan kau la," Hafiz sekadar mengerling wajah Naim yg sudah serius. Macam nak berbahas aje lagaknya.
"Apit, aku ni kawan hang. Kawan dunia akhirat tau. Masalah hang masalah aku la. Hang cerita mai. Pakar motivasi rumah tangga merangkap penolong kanan Dr Fazilah Kamsah ni boleh tolong hang," Naim sudah memulakan mukadimahnya. Penuh keyakinan. Hafiz melebarkan senyuman manisnya. Kalau dia rasa susah hati Naim lah pengubatnya. Mendengar celoteh Naim sudah buat dia lupa masalah.
"Ya lah.. aku dah jatuh cinta kat dia. macamana nak buat ni?," Hafiz mengalah saja. Meluahkan rasa yg sudah berbuku di dada. Sesak macam naik LRT waktu balik kerja aja.
"Hahaha!," Naim gelak besar. Memang sejarah. 3 tahun dia mengenali Hafiz. Baru hari ini dia bercakap soal hati. Hatinya yg sudah dicuri gadis JJ itu.
"Ni yg malas nak cerita kat kau. Tak patut la gelak kat aku macam tu," wajahnya sudah berona. Blushing! Susah nak jumpa lelaki macam ni. Malunya mengalahkan perempuan.
"Ops! Aku cuma terkejut aja. Ingatkan hang ni anti perempuan," tawanya masih bersisa sedikit. Segera dia menarik nafas macam lepas berjogging. Ingin membuang segala rasa lucu yg masih bertakung dalam kolam hatinya. Merenung wajah Hafiz membuatkan dia kasihan pula. Dia perlu bertindak bijak dan segera agar Hafiz dapat memenangi hati Syazrin. Tumpang lelaki ini sudah jatuh cinta, harus rasanya dia membantu. Wajib sebenarnya. Kesian betul dengan sahabat baiknya ini.
Dari kejauhan dia ternampak kelibat Syazrin duduk di meja yang agak tersorok. Restoran itu menjadi tempat pertemuan mereka hari ini. Selalunya dia yg ke Jaya Jusco menjenguk Syazrin. Hari ini mereka bertemu janji. Syazrin asyik menyoalnya. Kenapa di ajak bertemu di situ? Hari penting Hafiz? Selama perkenalan mereka hampir 3 bulan ini, tidak pernah pula mereka bertemu di tempat lain. JJ aja tempatnya.
"Rin, maaf yer. Terlambat," dia duduk mengadap Syazrin yg ringkas berbaju t shirt putih dan jeans biru. Tapi tetap nampak comel.
"Takpe. Rin datang awal sikit. Tumpang kawan. Dia dah on the way ke Ampang Point," Syazrin membelek menu yg diletakkan seorang pelayan apabila Hafiz sampai. Dia teringin nak makan grill chicken. Nanti kacau duit belanja. Terus hasrat itu dimatikan. Matanya menatap menu yg di tulis. Hafiz hanya membiarkan. Dia lebih senang merenung wajah Syazrin tanpa disedari si empunya diri. Cutenya. Kulit dia tak cerah, tapi tak gelap. Hidungnya tinggi tapi tak mancung sangat. Matanya cantik, berbulu mata lentik. Bibirnya merah walaupun tanpa secalit lipstik.
"Bang nak order apa?," suara pelayan lelaki itu mengejutkannya dari menikmati keindahan yg maha Esa. Kacau line betul..
"Fresh orange 2," pesan Hafiz. Syazrin memandangnya.
"Rin nak makan apa?,"
"Nasi goreng ikan masin," Syazrin menghadiahkn senyum manisnya kepada budak pelayan itu.
"2 yer," sambung Hafiz. Sengaja memilih menu yg sama. Tenungan Syazrin tidak diendahkan.
"Apa yg abang nak cakap? Sampai ke sini jumpa. Abang nak kahwin ke?," terpacul soalan itu dari bibir munggil Syazrin. Hampir tersedak Hafiz di buatnya.
"Eh! Mana ada," dia meneguk fresh orange itu beberapa kali. Mencari kekuatan untuk meluahkan perasaan.
"Sebenarnya abang..," ayat tersebut belum sempat di habiskan apabila seseorang menepuk belakangnya. Dia menoleh. Gedebup! Gedegup! Gedegup! Beberapa tumbukan padu mengenai mukanya. Sehingga dia terjatuh dari kerusi. Terasa panas mukanya. Rasa hendak pitam dengan tumbukan itu. Terdengar jeritan Syazrin. Tetapi kali ini kaki dan badannya pula menjadi sasaran. Dia tidak sempat melawan. Dia benar-benar kalah. Hanya kedengaran sayup-sayup suara Syazrin menjerit meminta pertolongan. Hilang dan kelam… gelap…
Wajah mendung encik Zahar yg pertama sekali menjadi tatapan tatkala matanya terbuka. Rasa macam berpusing-pusing pula bilik yg sedang didudukinya. Macam kenal. Bilik dia rupanya. Bila masa pula dia boleh sampai ke rumah sendiri. Tadi masih dengan Syazrin. Mana dia? matanya melilau mencari sekujur tubuh itu. Tetapi hanya ada wajah ibu, Puan Radiah. Nadia, adik perempuan di hujung katil.
"Angah dah bangun? Angah rasa macamana sekarang?," soal si ibu. Ada riak kerisauan dalam nadanya.
"Em..," hanya itu yg mampu terkeluar dari kerongkong. Sakitnya kepala dia. rasa macam kebas saja di kaki dan badannya.
"Sudah la. Rehat. Jangan banyak sangat tanya dia. biar dia rehat. Dia dah sedar ni lega sikit," kata ayah lalu keluar dari bilik.
"Yer la mak. Biar lah angah rehat. Dia pun baru aja sedar," Nadia menarik tangan Puan Radiah keluar dari bilik. Wanita itu menurut. Sempat dia menggosok rambut si anak sebelum keluar.
"Nadia, macamana angah boleh ada kt rumah?," tanya Hafiz ketika Nadia membawa makanan malam ke bilik.
"Pak cik Omar sebelah yg hantar balik. Dia kata angah kena pukul. Sampai pengsan tau. Sapa yg pukul angah ni? Sapa budak perempuan yg ada dengan angah tu?," Nadia memandangnya yg sedang menyuap nasi ke mulut dengan sudu.
"Syazrin..," ujarnya di susuli senyum di bibir.
"Ooo… girlfriend angah yer? Entah-entah boyfriend dia yg tumbuk angah sampai terkehel macam ni," kutik Nadia. Wajahnya serius. Pelik dengan abangnya yg ini. Kata sakit, tapi sebut aja nama Syazrin terus senyum.
"Eh! Angah tak kacau girlfriend orang tau. Baik-baik cakap tu," dia mempertahankan diri. Menepis andaian Nadia yg bukan-bukan.
"Abis? Sapa yg pukul angah kalau bukan boyfriend dia?," budak itu masih becok mencungkil rahsia. Susah sangat nak mengaku. Diantara 4 orang hero dalam keluarganya, hanya angah yg selalu mengelak bila di tanya tentang pasangan hidup. Dulu kawan Nadia nak masuk line, dia tak sudi. Nak cari sendiri konon.. belum apa-apa tengok dah lebam muka...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
bebas ber komentar